Tuesday, August 25, 2009

Pendapat Rasulullah saw Mengenai Dua Jenis Orang

Beberapa orang sedang duduk dengan Rasulullah saw. Seorang pemuda melewati mereka. Lalu Rasulullah saw bertanya para sahabatnya :
"Bagaimana fikiran kamu mengenai orang ini?"

Mereka menjawab :
" Ya Rasulullah saw. Dia adalah anak muda bagi suatu keluarga yang baik-baik. Dengan izin Allah jikalau dia meminang seorang wanita daripada keluarga ternama, pastilah pinangannya tidak ditolak. Jikalau dia mengesyorkan sesuatu ikatan perkahwinan, syornya mudah saja diterima."

Selepas itu Rasulullah saw pun diam. Beberapa ketika kemudian melintas pula seorang yang lain dan Rasulullah saw pun mengajukan soalan yang sama kepada sahabat-sahabatnya. Mereka pun menjawab :
" Ya Rasulullah saw! Dia seorang Islam yang miskin. Jikalau dia pergi meminang, peluang untuk bernikah adalah tipis. Jikalau dia meminang untuk orang lain, pinangannya pastilah ditolak. Jikalau dia berucap, hanyalah sedikit yang akan mendengar. "

Kemudian Rasulullah saw pun membuat ulasan :
" Orang yang kemudian ini lebih baik daripada seluruh manusia daripada jenis yang pertama."

Di sisi Allah Ta'ala, keturunan yang baik-baik bukanlah suatu kepastian mendapat perhatian Allah. Seorang muslim yang miskin, tanpa kedudukan dan terhina dalam dunia ini, adalah paling rapat di sisi Allah daripada beratus-ratus orang bangsawan yang dihormati seluruh masyarakat dunia tetapi jauh menyimpang daripada jalan Allah. Tersebut di dalam Hadis :
" Riwayat alam semesta akan tamat apabila tidak ada lagi seorang pun yang menyebut nama Allah. Kerana hanyalah dengan adanya orang yang menyebut Nama Allah, segala sistem alam semesta ini masih berjalan."




No comments: