
Salam.....hari ini saya tidak menghadirkan diri di Markaz Lughah kerana kurang sihat...yang saya tahu teman serumah saya beritahu bahawa saya tetap juga kena cakap waktu muhadasah nanti (wua3 xprepair apa pn)...
Saya seronok juga hari ini sebab dapat telefon my love brother di Malaysia....sudah lama rasanya tidak berbual dengannya...alhamdulillah dia sihat dan baru selesai peperiksaan....
Hari ini hujan pula jadi saya terpaksa memakai winter cot..malam ni pun masih hujan lagi...sejuk sangat...hujan bercampur guruh...
Pasal berita kecurian semalam saya dapat tahu orangnya adalah Mohd. Zaid THN3 Fiqh wa Usul (Yarmouk)..tiba-tiba saya teringat akan Presiden MMY tetapi mungkin silap orang barangkali...
Opss...sebelum saya terlupa...SALAM MAAL HIJRAH 1431..semoga amalan kita semua dapat dipertingkatkan lagi dalam usaha menggapai redha Ilahi...insyaAllah...
Janganlah kamu bersedih dengan apa yang kamu inginkan itu tidak dapat kamu perolehinya, nescaya kamu akan mengetahui bahawa ia tidaklah ditakdirkan untukmu, ini kerana jika ia ditakdirkan untukmu pasti ia takkan terlepas dari genggamanmu walau apa jua keadaan sekalipun. - Dr. Fathi as-Sayyid -'500 Nasihah Lil-Mar'ah Al-Muslimah'
Malam ini, sekali lagi saya tidak dapat membuat sesuatu yang saya ingin buat semalam..mungkin Allah sudah aturkan masanya....cuma menunggu sahaja...
Tiba-tiba saya ingin berkongsi lirik lagu ni....
ku memohon dalam sujudku padaMu
ampunkan lah segala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan pendirianku
keimananku
Engkau satu cinta
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku kepadaMu
walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya padaMu ku pasrahkan
oh Tuhan
selamatkan lah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
oh Tuhan
jauhikanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia
penyanyinya siapa ya??biar lah dirahsiakan...(hehehe)
Di sini saya ingin tinggal kan persoalan...
‘Malang sungguh jika usia yang singkat ini kita isi dengan hal-hal yang tidak membahagiakan. Apakah kita yakin kita akan berbahagia di Akhirat kelak, maka kerana itu kita bermain-main dengan sifat-sifat buruk yang mencarik kebahagiaan tatkala kita hidup di dunia?’
SEkian...fikir-fikirkan lah....
No comments:
Post a Comment