Saturday, January 2, 2010

Konsep Tabarruj..


Bismillahirrahmanirrahim...saya mula kn dengan nma Allah kerana saya mahu berkongsi dengan apa yg saya dapat..sebelum wujudnya artikel ini saya ada membaca tetang tabarruj di blog org lain dsb..saya dapati banyak yang menulis tentang konsep menutup aurat dan terdapat beberapa ciri dan yang hendak saya menitikberatkan ialah tentang TABARRUJ....

Saya juga mengharap agar pembaca dapat membayangkan atau dapat menyesuaikan maklumat yang saya beri dengan keadaan sekarang..

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33).

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu kerana orang jahiliyah zaman dahulu telah membuka niqob mereka dengan memperlihatkan kecantikan melalui muka mereka.. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pada hari ini, kalau kita lihat wanita memang sudah menutup aurat dengan memakai tudung, namun adakah mencukupi hnya dgn memakai tudung??pada hal masih ada lagi batas-batas yg perlu dijga...contohnya cara kita bercakap, cara kita berjalan, cara kita berurusan dengan lelaki ajnabi dsb nya kerana yang penting adalah perkara yang dapat menarik perhatian lelaki ajnabi.Itu lah yang kita kena fikirkan...Islam sgt menitikberatkan dalam semua hal walaupun hal yang sangat kecil...Allah sangat sayang kan kita sebagai hambaNya...

Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.
Satu lagi fenomena yang besar yang sedang melanda dalam masyarakat wanita di Malaysia..apabila fesyen tudung diwujudkan ramai lah yang pakat memakainya bukan kerana niat lillahita'aala namun sekadar mengikut peredaran zaman..Wallahua'lam...



No comments: