بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih lagi bernyawa dgn nikmat Iman & Islam di ats muka bumi Mu ini..
terdapat satu perkara yg bgku amat menarik utk berkongsi dlm blog ini...
tentang kalam Allah iaitu سورة الجمعة ...
pelbagai tafsiran yg boleh dibuat brdsrkn surah ini..surah ini mengandungi 11 ayat..
di sini ayat yg berkaitan adlh ayt 1-4,5-8 dan 9-11....
namun, kedudukan ayat yg sebenar adalah yg 1 : ayat 1-4 , 2 : ayat 9-11 , & 3 : ayat 5-8...mengapa begitu???...penjelasan terperinci akn diberikan d bwh..insyaAllah..
بسم الله الرحمن الرحيم
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
tafsiranya ;
ayat 1 : Apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi sentiasa bertasbih kpd Allah. Maha Raja, Yang Mahasuci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana
ayat 2 : Dia lah yang mengutus seorang rasul kpd kaum yg buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yg membacakan kpd mereka ayat2Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajar kpd mereka kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar2 dlm kesesatan yg nyata
ayat 3 : dan (juga) kepada kaum yg lain dari mereka yg belum berhubungan dgn mereka. Dan Dialah Yg Maha Perkasa, Maha bijaksana
ayat 4 : demikian lah kurnia Allah, yg diberikan kpd siapa yg Dia kehendaki, dan Allah memiliki kurnia yg besar.
rumusan : ayat 1 : ini menceritakan tetang sifat Allah dan perkataan ما itu bermaksud عاقل (yg berakal ; manusia) dan غير عاقل ( tidak berakal ; tumbuhan,haiwan dsb) nk menunjukkan di sini bahawa setiap makhluk Allah itu sentiasa bertasbih kpdNya..
ayat yg ke-2 & 3 & 4 : menceritakan penyatuan umat Islam kerana jika kita imbas kembali sejarah pd zaman dahulu yg hidup berpuak mengikut suku kaum dsbnya, namun berdasarkan ayat Allah ini umat Islam perlu bersatu kerana AQIDAH kita sama,tak kish la kulit hitam @ putih...
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 9
10 فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 11
ayat 10 : Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaran lah kamu di muka bumi ; carilah kurnia Allah dan ingt lah Allah bnyk2 agr kamu beruntung.
ayat 11 : Dan apabila mereka melihat perdagangan @ permainan, mereka segera menuju kepadanya dan mereka tinggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri (berkhutbah). Katakan lah " Apa yg ada di sisi Allah lebih baik drpd permainan dan perdagangan", dan Allah pemberi rezeki yg terbaik.
rumusan : knp saya letakkan ayat ini dlu??..kerana ayat ini berkaitan antara satu sama lain kalau musykil boleh ruju' pd yg rojih...ayat 9 : ini adalh kewajipan bg umat Islam utk menunaikan solat Juma'at, para 'ulama' mengatakan hukumnya wajib dan mengharamkan jual beli pd waktu tersebut kerana ketika ini seluruh umat Islam ats muka bumi ini berhenti utk mendirikn solat..bg wanita, kita tidak boleh membeli sekiranya penjual tersebut adlh lelaki kerana seolah2 kita menyokong tindakannya tidak menunai kn solat Juma'at..
ayat 10 : setelah selesai menunaikan solat, keluar lh utk mencari rezeki namun, di sini ada jg penyatuan bg manusia yg bernama Muslim iaitu 1) hati terikat ketika menunaikan solat juma'at 2) hati terikat dgn sentiasa mengingati Allah s.w.t
ayat 11 : dlm bhs arab ada perkataan yg aula (utama) yg diletakkan di awl ayat...misalnya knp diletakkan perdagangan dahulu, baru permainan..ayat ini adalh ayat teguran dari Allah ketika mana Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah, tiba2 dtg beberapa kabilah utk berdagang dn pd ketika itu jg para jema'ah keluar menuju ke arah perdagangan tersebut dan tinggl 12 org shj yg mendengar khutbah tersebut...dan yakin lah Allah itu sebaik2 pemberi rezeki..
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 5
قُلْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ هَادُوا إِن زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَاء لِلَّهِ مِن دُونِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ 6
وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُ أَبَدًا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ 7
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 8
ayat 5 : Perumpamaan org2 yg diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yg membawa kitab2 yg sgt tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yg mendustakan ayat2 Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kpd org2 yg zalim.
ayat 6 : Katakan lah (Muhammad), " Wahai org2 Yahudi! Jika kamu mengira bahawa kamulah kekasih Allah, bukan org2 yg lain, maka harapkan lah kematianmu, jika kamu org yg benar".
ayat 7 : Dan mereka tidak akan mengharapkan kematian itu selamanya disebabkan kejahatan yg telah mereka perbuat dgn tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui org2 yg zalim.
ayat 8 : Katakan lah, " Sesungguhnya kematian yg kamu lari drpdnya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kpd (Allah), yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu Dia beritakn kpdmu apa yg telah kamu kerjakan."
rumusan ; ayat 5 : ayat ini menceritakan tentang sifat@perangai org Yahudi...mereka ditugaskan utk membawa Taurat,namun,mereka tidak mengamalkannya diumpamakan spt keldai, mmpu mmbwa brg yg bnyk nmun tidak tahu apa2 isi kndungnnya...dan kerana itu jgk lah di negara2 arab ni klau diumpamakan spt khinzir tidak mengapa lg,nmun sekiranya diumpamakan dgn keldai mereka akn marah kerana bg mereka keldai adlh sehina2 binatang di ats muka bumi ni...
ayat 6 : berdsrkn ayat ni, kita ingt balik sbnrnya apa matlamat org yahudi??..dan apa sbbnya mereka hendak memerangi manusia ats muka bumi ni??...sbbnya mereka menganggap mereka adlah umat yg terpilih oleh Allah dan mereka menganggap manusia lain tidak spttnya hidup ats muka bumi ni melainkan mereka..
ayat 7 : ayat ini menceritakan org Yahudi yg takut akn kematian...perbezaan antara mujahidah Islam dgn pejuang Yahudi ialah mujahidah Islam amat mendambakan mati syahid di jlnNya kerana yakin dgn janjiNya...namun, bg org Yahudi, mereka takutkan kematian kerana seolah2 kematian adalh penghujung bg segala2nya...
ayat 8 : ayat ini mngatakan bhwa kematian adalah PASTI dan kita semua xdpt lari drinya..Allah yg mengetahui segala2nya (ghaib & nyata)...
Alhamdulillah selesai jgk kupasan tentang surah ni...semoga kita semua mendapat istifadah drpd nya...muhasabah diri semula...
p/s : maaf klau ada yg trsasul @ xfhm ke..moga2 sampai ye..:)
No comments:
Post a Comment