Tuesday, November 23, 2010

Ibu..ceritakan aku tentang ikhwan sejati...

Seorang remaja bertanya pada ibunya:

Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati…

Sang Ibu tersenyum dan menjawab…

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya ….

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran… ..

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa …

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca… ….

setelah itu, ia kembali bertanya…

” Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?”

Sang Ibupun memberikan bukunya sambil berkata….

“Pelajari tentang dia…”

ia pun mengambil buku itu “MUHAMMAD”,

judul buku yang tertulis di buku itu…..


"rab-banaa hablanaa min azwaajinaa wa dzur riy yaatinaa qurrata a'yuniw waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa"
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan anak-anak yang menggembirakan hati kami dan jadikanlah kami perintis dari orang-orang yang bertakwa.

Ya Allah bantulah hamba-hambaMu ini untuk melawan nafsu.
Keayuanku, kelunakan suara ku, bicara manjaku, pandangan & jelingan mataku hanyalah untuk seseorang yang sah menjadi suamiku..aku menunggu kehadiranmu dalam hidupku wahai shab, sekiranya engkau sudah bersedia untuk menjadikan ku permaisuri & teman sepanjang hidupmu datanglah bertemu dengan orang tuaku, buatlah mengikut syara' seperti yang engkau ketahui...

Tiba-tiba terasa sedih dengan gelagat & kelakuan orang yang mengaggap "couple ISLAMIK" itu dibenarkan..meskipun mereka tidak berjumpa, berpegangan tangan dan sebagainya namun semua itu tidak akan terlepas daripada zina hati ( pesanan ustazah MAZNAH MAT akan ku sematkan dalam ingatan ku, terima kasih ustazah)
" salam, ape kbr?ana hrp enti sentiasa sihat ea..ana baru balik bersukan, tp lenguh kaki sikit..letih..enti bt ape?, gnggu ke?"
ini antara mesej2 couple islamik...memang kalau kita lihat mesej ini tidak menjurus ke arah ingin berjumpa, tetapi masih lagi di dalam nada mengambil berat dan memberitahu kegiatannya pada hari itu..tetapi ia berkaitan dengan hati ( takut-takut timbul syahwat di situ )..
Firman Allah s.w.t " لا تقرب الزنا .." yang bermaksud jangan hampiri zina, ramai orang tafsirkan zina ini adalah apabila mereka keluar berdua-duaan, berpegangan tangan dsb namun, remaja hari ini tidak melihat pada zina hati. Rasanya dah ramai yang menjelaskan tentang zina hati ni, namun perkara itu tetap juga berlaku..نعوذ بالله من ذلك

Tidak dinafikan fitrah manusia yang ingin berpasangan namun, bersabar lah, kita kena ingat semua itu sudah ditentukan olehNya..apabila tiba saat nya pasti semua itu akan berlaku..siapa yang tidak mahu kebahagiaan?..tetapi mestilah dengan wasilah yang betul, bukan mengikut nafsu yang akan menuju kehancuran kelak..

Apa-apa sekalipun persediaan perlu ada dalam setiap individu muslim sebelum melangkah ke bait muslim tidak kira lelaki mahupun wanita..
"Muslimah, apabila lelaki memandang dikau, kau tunduk mengelak panahan syaitan, apabila lelaki mendekati selangkah, dikau berundur beribu langkah, apabila lelaki memujuk rayu, diaku anggap itulah kalimah iblis syaitan, apabila lelaki menutur harapan indah, dikau yakin janjiNya lebih bahagia di sana, kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati, yang diselaputi iman yang hakiki, yang tidak semurah itu."

"Cinta amat mahal takrifnya, itulah yang difitrah oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan, tapi gagal dilihat pada zahirnya. Kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu..Cinta takkan datang kalau tak dicari, cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi..tetapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati"

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..Kerana Allah amat mencintainya..Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana ALLAH untuk menjaga kita? ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita..Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya.Mengapa masih ragu-ragu?..Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari..Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan.."
"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
-Imam Ghazali-
Renung-renungkan lah...

Ayuh !! sama-sama kita mengislah diri kita ke arah yang lebih baik!!
Allah yushhil 'umurona, insyaAllah biiznillah.


2 comments:

umiaishah said...

hehe..perkomgsian yg baik adikku..cme awat la tulisan warna hitam..mau juling mata kakakmu ni..hehe..

Mahasiswi said...

akk maaf la..nnti widad tukar ya..hihi