Friday, December 10, 2010

:: dedikasi buat yang tersayang ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Detik itu semakin hampir...(hihi, jgn silap faham plk), apa yang saya maksudkan adalah ULANGTAHUN PERKAHWINAN BONDA & AYAHANDAKU yg ke-22

20 DISEMBER 1988

Biar saya perkenalkan dahulu insan yang istimewa & tiada gantinya..

Bermula dengan ayahanda, nama yang diberi ZULKIPLY BIN HARUN lahir pada 25 MEI 1956, berumur 54 tahun, berasal dari Kodiang, Kedah. Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan BAHASA ARAB & SEJARAH (adakah saya bakal ikut jejak langkah ayah? mungkin tapi Wallahua'lam) dan dalam masa yang sama bergiat dalam penulisan seni khat dan sekarang berkerjaya sebagai seorang guru di AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH, ARAU, PERLIS dan mengajar Imlak,adab (STAM) & khat..

Bonda bernama SARKIAH BINTI IBRAHIM lahir tanggal 20 JANUARI 1963, berumur 47 tahun, berasal dari Bukit Besar, Yan, Kedah. Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama dengan ayah cuma berbeza jurusan, iaitu USULUDDIN..mak juga seorang pendidik di SEK. MEN. KEB. AGAMA (P) KANGAR, PERLIS & mengajar Bahasa Arab & (STPM)..

Ayah dan mak berkahwin pada 20 DISEMBER 1988 dan dikurniakan seramai 6 cahaya mata ( MUAAZ BIN ZULKIPLY 21, WIDAD BINTI ZULKIPLY 19, AMMAR BIN ZULKIPLY 14, NAWAL BINTI ZULKIPLY 12, AHMAD SYAHIR BIN ZULKIPLY 10 & AHMAD HUSAINI BIN ZULKIPLY 8 ). Alhamdulillah bahagia sampai sekarang.

Selamat ulangtahun perkahwinan mak ayah, alhamdulillah 3X adik bersyukur sangat2 dikurniakan ibubapa seperti kalian, tidak pernah jemu untuk memperkenalkan dunia kepada kami, berkorban demi kami. Bersempena dengan ini juga adik mohon doa mak dan ayah supaya meredhai kami dalam setiap langkah perjalanan hidup kami kerana keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ayah dan mak.

Lirik lagu ini khas ditujukan buat emak tersayang :


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Teristimewa juga buat ayah :

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika
diriku terlanjur kata

tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak
kau biarkan

aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


Lirik lagu ini buat ayah dan mak khas daripada adik :

Sejenak hatiku mula tersungkur,

Bila terkenang ibu dan ayah ku nun jauh,

Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu dan ayah salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 semoga Allah merahmati memberkati kehidupan insan2 yang amat saya sayang dan cintai ini...dan adik sentiasa ingat pesanan mak " ingat tau adik, kalau boleh sebelum umur 25", InsyaAllah mak, impian mak nak tengok adik membina bayt Muslim akan tercapai cuma buat masa ini biarlah pelajaran yang menjadi keutamaan adik, apabila tiba saat dan ketika, masa itu pasti akan tiba, si 'dia' akan merisik dan seandainya itu jodoh adik, insyaAllah,namun adik sendiri dalam mempersiapkan diri untuk menjadi 'solehah' dan adik akan buat yang terbaik dalam pelajaran, InsyaAllah.


gambar raya 2008

بارك الله لكما و كل عام و انتم في طيبين

احبكم جدا

Bagi mereka yang masih lagi mempunyai kedua orang tua, hargailah mereka dan sentiasa mencintai & menyayangi mereka kerana tanpa mereka tiadalah kita.

p/s : menyebabkan rasa nk balik tu berkobar2 la plk...wuawua, rindu2 pd mereka....ingin balik peluk dan cium...ya Allah aku redha dengan ketentuanMu...perkara yg sudah lama nk tulis, alhamdulillah mlm ini tercapai jgk akhirnya...akhir kata mohon maaf jika terdapat kesalahan dari susun atur ayat dsb nya..saya juga masih belajar, tegurlah saya jika ada kesalahan, insyaAllah saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Sekian, wassalam. ~



No comments: