Sunday, December 12, 2010

:: Sahabat ::


Ingatlah sahabat…

Bunga itu menguntum indah,

Menyeri dan mekar memerah,

Dipuji dengan berbagai-bagai madah,

Esoknya bunga itu gugur ke tanah,

Serpih demi serpih ia punah,

Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…

Engkau bukan layu seperti bunga,

Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,

Lambang bunga lambang sementara cuma,

Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,

Daerah kita bukan daerah cinta,

Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,

Tiada senda gurau memanjang yang meleka,

Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..

Disini uda dan dara telah berkubur,

Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…

Bumi kita bumi yang payah,

Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,

Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,

Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,

Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,

Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…

Semalam telah layu sekuntum bunga,

Telah gugur dari jambangannya,

Tetapi itu bukan perjuangan kita,

Bukanlah itu sebagai lambangnya,

Mulut telah kaku untuk bertanya,

Hati malu untuk memikirkannya,

Tidak seperti dahulunya,

Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,

Yang merindukan dan memburu syahid,

Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah,

Walau pudar dan hambar datang tak sudah,

Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,

Doaku agar kita berani seperti Hamzah,

Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.




Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Peringatan buat diri saya sendiri :

Wahai diri mengertilah...

Diriku…
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah
Tersentuh dengan daulatNya
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini
Diriku…
Seringkah kau mencari
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..
Ketahuilah diriku…
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu
Diriku…
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi...


No comments: