Wednesday, December 8, 2010

:: Satu amanah :: - Hijjaz

Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Kali pertama dengar lagu nasyid rasa blurr lagi tapi bila dengar lama2 baru dapat tangkap maksudnya walaupun liriknya mudah untuk difahami..
Lagu nasyid ini ditujukan buat insan yang bergelar sahabat...
Tiba2 terimbau kenangan bersama sahabat2 seperjuangan semenjak di tadika sehinggalah sekarang U...
Sungguh sedikit pengalaman yang ada berbanding dengan orang lain namun, ALHAMDULILLAH kerana diberi peluang olehNya utk merasai semua itu.

Sahabat, sungguh aku merindui kalian, gelak tawa kita masih dalam ingatanku, biarpun jarak yang memisahkan kita, namun doaku tidak pernah putus buat kalian..terutama sahabat2 di sekolah rendah ( wani, munirah,syikin dll ),buat sahabat2 di SMKAP terutama batch SPM08 ( afifah,nadia,alia,sal,najwa,nabihah,anis,pah dan ramai lagi ) juga buat teman2 KBA09 (anis,kak amalina,kak aah, kak syazana, kak awatif dan ramai lagi )

Buat teristimewa murabbiku emak & ayah, ustaz dan ustazah, dan cikgu2..tak tersebut saya tp doa untuk kalian pasti teristimewa di hati saya...moga kalian terus kuat untuk berbakti dan seandainya ditakdirkan saya akan menyambung perjuangan kalian, insyaAllah semangat kalian akan saya sematkan di hati buat bekalan..sungguh besar pengorbanan kalian..

Buat sahabat2 batch 09/10 di Jordan tak kisah la Yarmouk atau JUST(kak mardhiyah,intan, dhaniah, atikah, asma', ilyana, afifah, ecah, amal, aina, tim, wawa,fasya, kak syi dll.) terima kasih kerana sudi mendampingi saya sebagai seorang sahabat kalian, sungguh besar amanah yang kita bawa di sini, moga terus thabat dalam perjuangan menuntut ilmu di bumi Isra' ini...moga ukhuwwah kita sentiasa mekar hendakNya..sangat manis apabila seorang daripada kita terjatuh dan memerlukan pertolongan, tanpa sempat berfikir terus kita menghulurkan bantuan yang sepatutnya..ya Allah, sungguh bahgia apabila berukhuwwah keranaNya..
Ini untuk kalian :

diri kita musafir,
kadang-kadang rebah di perjalanan,
kabur destinasi yang dituju,
lantas tautan ukhuwah merealitikan segalanya,
hakikat kembara sufi memang sukar,
kerana noda tak henti-henti bertapak dihati,
YA ALLAH, kami tidak mampu menjaga hati ini,
andai Kau tidak iringi langkahan kami dengan kekuatan,
maka, hadirkanlah secebis rahmatMu kepada kami,
agar perjalanan munujuMu kian bererti,
bersama bunga-bungaan taqwa yang kian mekar di taman hati..

sekian wassalam (^_^)
p/s : xlarat la kalau nk sebut nama sorang2, maaf tau kalau xtersebut.



No comments: