Monday, January 24, 2011

:: sekadar coretan ::

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله على نعمة الإيمان والإسلام
Hari ini, saya perlu membuat pilihan untuk seorang kakak (Phd) yg akn dtg ke sini, perlu memilih rumah yg bersesuaian dgn beliau dan suaminya..moga pilihan saya dan sahabat saya yg terbaik dan sekiranya ada kekurangan boleh diperbaiki atau boleh cari rumah yg lebih selesa.
Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita selaras dengan syara' selain itu minta nasihat daripada mak ayah, sahabat2 rapat, ustaz2 @ ustazah2 yg berpengalaman..dan yang paling penting pergantungan kita dengan Allah, ( حَبْلٌ مِنَ الله وحبل من الناس) hubungan Allah kena jaga hubungan manusia pun kena jaga..
Hidup ini adalah ujian dan cabaran yang terbesar buat kita sebagai khalifah Allah tetapi hanya segelintir manusia yang menyedari hakikat ini, yang lain hanyut dengan dunia ciptaan sendiri, Subhanallah...
air mata itu
turun lagi
menandakan kerdilnya diri ini
menagih simpati
dari Yang Maha Esa
aku tidak peduli
siapapun aku dimata manusia
namun aku redha
dengan ketentuan Ilahi
air mata itu
ibarat kifarah dosa buatku
mengalirlah engkau
sebanyak manapun aku sanggup bertahan
sambil ku memohon pd Yang Esa
supaya dikurniakan ketabahan
dan kekuatan.
Hidup ini umpama roda dan semua orang pernah dengar ayat ini.Namun apabila kita berada dalam situasi tersebut, mcm mna ya keadaan kita? pasrahkah @ marahkah @ kecewakah @ redhakah dan pelbagai lagi kalimah yg nk menggambarkan perasaan kita ketika itu, jd bersedialah nk hadapi saat itu kerana semua orang pasti akn diuji olehNya...kita perlu bersedia daripada sekarang..
p/s : sungguh saya sgt merindui keluarga nun jauh di Malaysia, sahabat2 doakn supaya saya sentiasa kuat ya..saya tidak pernah berputus asa untuk melakukan perubahan supaya saya lebih tabah dan matang dalam melakukan sesuatu...Ya Allah, tidak ada daya hamba melainkan ku pohon secebis kekuatan dan ketabahan sepanjang hidup ku ini...

No comments: