بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله
الحمد لله
Hari ini saya ingin berbicara mengenai tarbiyah, sebelum itu saya ingin petik kata-kata Mustafa Masyhur "Tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah", lihatlah betapa pentingnya tarbiyah dalam kehidupan kita.
Kenapa tarbiyah ini penting buat kita? kerana ia sangat penting untuk melahirkan individu MUSLIM..kita kena ingat dan tahu bahawa tarbiyah tidak sama dengan pendidikan, pendidikan adalah menjurus ke arah kecerdikan akal dan minda manakala tarbiyah pula adalah latihan yang bermula daripada dalam (hati).
Sebagai manusia kita tak lari daripada membuat kesilapan, manakala kesan kelalaian kita ada berkaitan dengan IMAN, iman kita sentiasa naik turunnya. Tarbiyah ini tidak kira masa atau tempat dan tarbiyah ini bukanlah bererti kita harus duduk dalam kelompok kecil (usrah), baru terasa ditarbiyah, tidak sama sekali..pada pendapat saya, saya bg contoh saya sendiri, apabila melihat alam ciptaan Allah, bulan, bintang, matahari saya terasa ditarbiyah kerana saya melihat dengan mata hati,terasa subhanallah cantiknya...
Elemen-elemen tarbiyah :
1- روحية - ikat hati dgn Allah
- jiwa yg mahukan Islam
- sensitif dengan isu semasa ( Umat Islam)
2- ثقافية - ilmu pengetahuan dan bukan pada ilmu agama sahaja
3- حركية - ilmu pengurusan dan pentadbiran Islam (moden)
4- سياسية - ambil berat tentang politik ( faham apa itu kerajaan Islam)
5- جماعة - dapat melatih sikap & akhlak dan menjadi lebih matang
6- بدنية - melasakkan diri dengan qiyam dsb & melatih kekuatan akal dan badan
7- أسرة إسلامية - digalakkan mencari pasangan yg sama fikrah
kesemua elemen ini akn menghasilkan 5M iaitu ;
M-mukmin
M-muslim
M-mujahid
M-muta3awin
M-mutqin
InsyaAllah...
Namun, kita kena sentiasa beringat nk buat bnda baik ni mesti ada halangan. sebab itu, kita kena sentiasa memohon petunjuk daripada Allah dlm mengahrungi ujian dalam hidup ini.
sekian daripada hamba yg masih bertatih di ats jln dakwah & tarbiyah ^_^
No comments:
Post a Comment