Alhamdulillah esok genaplah sebulan keberadaanku di Malaysia..perasaan rindu ini masih belum hilang mungkin kerana abang belum balik@ammar tk selalu dekat denganku...wallahua'lam yang penting aku bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bagiku amat sempurna...biarpun banyak dugaan yang melanda, kami sekeluarga mampu harunginya dengan tabah..
entah mengapa semalam terdetik di hati ingin melihat kembali gambar kenangan sewaku kecil dahulu..seolah2 mindaku berada pada waktu itu, memakai tudung, pakai inai, sebenarnya mak tk berapa suka sangat pakai inai, mak hanya pakai waktu hari pernikahannya dengan ayah sahaja dan selepas itu tak pernah pakai katanya busuk..tp aku suka..mungin arwah tok yang selalu ajak pakai tambah2 bila hampir dengan hari raya...al-fatihah utk arwah tok...
hari ini aku masukkan kembali gambar2 tu semua dalam 1 album yg sama dengan gambar2ku sepanjang di Jordan..
hati ini kadangkala resah dan gelisah, bersabarlah duhai hati, Ya Allah, Engkau yang bolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini dalam perjuangan dakwah...biarpun aku rebah, aku hanya bergantung pdMu untuk memberi kekuatan itu semula...sungguh aku berharap..aku hamba yang lemah, penuh dengan dosa..
sebelum terlupa, alhmdulillah dan terima kasih utk bonda kerana menghadiahkan sebuah beg tangan yang sgt cantik..I LIKE IT!!!!!!!! hehe kata mak hadiah birthday, alhmdulillah bersyukur tak terhingga..insyaAllah aku akan menjaganya dengan baik...ma, love u!! dad also, i love u!! thanks coz understand me and thanks for everythings!!
اللهمّ بارك لنا في رجب و شعبان و بلّغنا رمضان
nota hati : bersyukur dengan apa yg ada, jangan mudah mengeluh, teruskan melangkah ke hadapan...mulakan azam dengan baik..wallahua'lam ^_^
wassalam.
No comments:
Post a Comment