Sunday, November 4, 2012

Kehidupan



Semakin terasa sebak didada dlm mengharungi hidup saki baki di bumi bertuah ini..lebih kurang 6@8 bulan shj lagi.....

Ya Allah
Moga aku diberi peluang lg 1 hari nanti utk menjejak kembali tempat ku menuntut ilmu, tempat ku menimba pengalaman yg hampir 3 tahun lengkapnya, tempat ku mengenali ragam manusia, tempat ku mengenal erti dakwah dan perjuangan, tempat ku belajar mengurus emosi, tempat ku terasa perit dan payah dlm menuntut ilmu, tempat ku menangis dalam menghadapi mehnah dan ujian ats dosa diriku sendiri & tempat ku mengenali kasih sayang sesama sahabat (berukhuwah till Jannah).


Ya Allah
hati meronta untuk kembali pulang ke tanah air
tetapi takut untuk berdepan dengan masyarakat yang setiap hari mendambakan ilmu agama
aku tidak berani mengatakan bahawa aku sudah cukup ilmu didada (na3uzubillah) kerana aku juga manusia yg selalu alpa dan banyak kelemahannya...mampukah aku??


Ya Allah
terkadang aku cemburu dengan kelebihan org lain..
tetapi aku juga bersyukur atas segala nikmat kurniaan yg Engkau berikan
moga aku terus bersyukur & redha dengan apa yg bakal dan telah berlaku..


Ya Allah
Sepanjang aku disini, aku ditemukan dengan dunia kasih sayang sesama sahabat yg bgku tiada tara bandingannya..aku sangat sayang mereka..meskipun tidak kerap berjumpa tetapi mereka selalu dalam doaku
Ya Allah, Engkau redhalah ukhuwah kami sampai syurga..


Moga kita selalu ketemu di Malaysia ^_^

No comments: