Pada malam ini, timbul rasa di hati untuk berkongsi maklumat yang saya ada berkenaan dengan NIQOB...kerana beberapa hari ini minda saya sering diterjah dengan pelbagai persoalan mengenai niqob@purdah....antaranya ialah KENAPA PAKAI NIQOB??, ADAKAH MEMAKAI NIQOB HANYA MENGIKUT ADAT(terutamanya kepada pelajar yang belajar di Timur Tengah)??? dan ADAKAH SI PEMAKAI MEMAHAMI KONSEP MEMAKAI NIQOB DAN ADAT-ADAT YANG PERLU DIJAGA???....saya sendiri bingung mencari alasan kerana saya tidak memakainya...
Sebelum ini wujud isu seperti ini dalam perbincangan antara pelajar di sini...saya hanya mendiamkan sahaja kerana saya tidak lah sehebat mereka untuk mengeluarkan ayat Quran atau Hadith..namun isu ini bermain semula di minda apabila saya keluar dengan seorang senior THN 2 pergi ke rumah sahabat dari Thailand...dalam perjalanan kami bertanya khabar dan sebagainya namun timbul isu ini apabila dia beritahu kepada saya ada orang Arab(akhowat) bertanya pada beliau "kenapa budak Malaysia memakai purdah tetapi memakai seluar??" sedangkan sebelum ini tidak pernah budak Malaysia memakai sebegitu rupa...MasyaAllah, saya beristighfar beberapa kali dalam hati kerana saya rasa seperti kenal dengan orang yang dimaksudkan,saya jadi malu kerana orang yang dimaksudkan adalah satu batch dengan saya...saya juga tidak memberi komen apa-apa apabila ditanya kerana saya tidak tahu tentang pemakaian purdah ini...dan saya mendapat tahu bahawa sebelum ini memang tidak ada budak Malaysia yang memakai sebegitu rupa...kiranya pecah rekod la budak baru tahun ini...
Di sini,saya bukan hendak sebelah mana-mana pihak namun, perkara ini harus dikaji dengan teliti sebelum membuat keputusan hendak memakainya...KAJI SEDALAM-DALAMNYA..berkenaan dengan pelbagai aspek..memang la kita tidak perlu menghiraukan orang lain kerana urusan itu hanya kita dengan Allah namun kita ingat kita hidup di perantauan ni bersama sahabat-sahabat...kenapa saya kata begitu???kerana ada juga yang berkata "pakai je purdah tapi pakai seluar,ketawa kuat pastu sembang dengan syabab macam biasa"...ada segolongan yang memakai purdah memang betul-betul mendapat hidayah daripada Allah dan golongan inilah yang akan mendapat tempias apabila orang mengutuk golongan satu lagi dimana memakai purdah namun akhlak tidak dijaga dengan sepenuhnya...
Sebelum saya datang ke sini (jordan), saya amat memandang tinggi kepada wanita yang memakai purdah kerana akhlak mereka sangat terjaga...tetapi saya amat kecewa kerana saya dapati pelajar Malaysia yang memakai purdah tidak menjaga akhlak dengan sebaiknya...ada juga saya dapat tahu pelajar Malaysia ketika berada di sini sahaja memakainya tetapi apabila kembali ke Malaysia sama ada bercuti atau khirij terus mereka sudah tidak memakainya lagi...Ya Allah begitu mudah mereka memperlakukan sebegitu rupa?
Sebelum kita buat sesuatu, kita mohonlah pada Allah supaya diberikan petunjuk yang terbaik dariNYa...contahnya buat solat istikhoroh, baca Yaasin dsb...dekatkan diri dengan Allah dan yang sebenar-benarnya bukan mudah untuk kita islah kan diri kita kembali seperti mula-mula kejadian kita...cuba fikirkan....saya juga adalah seorang hamba yang sangat lemah dan seringkali memohon kekuatan daripadaNya...
Saya tidak berani untuk bercakap lebih-lebihan kerana saya sedar saya tidak mempunyai ilmu yang banyak cuma sekadar untuk berkongsi...saya juga masih mencari identiti diri saya yang sebenar dan harapnya coretan ini mendapat redha Ilahi...
No comments:
Post a Comment