Sunday, December 13, 2009

SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu...

maksu dan paksu saya sewaktu di rumah pengantin perempuan


Bismillahirrahmanirrahim..malam ini saya teringin untuk berbicara tentang ahli keluarga saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada hari raya aidilfitri baru-baru ini..rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan kepada mereka berdua...iaitu maksu saya yang tercinta Solehah Bt Ibrahim bersama pasangannya Lokman...dengan ucapan semoga berbahagia selalu seiring dengan redha Allah s.w.t...

Saya ada mendengar lagu nasyid daripada kumpulan Hijjaz yang bertajuk "Selamat Pengantin Baru"....

bila dua hati dah terjalin
selamatlah pengantin kami doakan
moga redha Allah bersinar selalu
tanda bermula bahtera hidup
dalam melayari bahtera rumahtangga
ada masa tenang dan masa gelisah
jangan nafsu diikut melulu
sabar dan bermaafan itu perlu
beginilah resam manusia
tak lari dari ketentuan Ilahi
suami ketua isteri pembantu
menongkah hidup saling berpadu
susah dan senang hadapi bersama
moga kekal ke anak cucu
moga kekal hingga ke syurga
p/s : maksu, adik minta maaf sbbnya xdk hadiah dari adik dan minta maaf banyak2 andai kata ada perlakuan adik yang sebelum ini menyakiti hati maksu dan paksu, jaga lah maksu sebaiknya kerana dia titipan Allah untuk paksu....

No comments: