Sunday, December 13, 2009

Ikhlas kerana Allah


Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah kerana masih diberi nyawa untuk hidup dan dapat menghirup udara yang Allah kurniakan buat kita semua....


Saya ingin berkongsi tentang amalan kita pada waktu pagi...sebelum itu saya ingin bercerita dahulu..ada seorang hamba Allah bertanya kepada ibu bapa ni,bagaimana untuk mendapat anak soleh??ini yang dijawab oleh si ibu tersebut "saya bukan lah belajar tinggi,saya belajar hanya sampai tingkatan 5,tetapi setiap kali selesai solat subuh saya akan membaca Al-Quran dan setelah selesai saya akan berpindah pula kepada Quran tafsir dan itulah penawar yang paling mujarab untuk saya dan anak-anak kecil yang akan saya lahirkan dengan izin Allah"...


Lihat lah jawapan yang diberi betapa si ibu sangat mementingkan keredhaan Allah berbanding manusia...meskipun sekarang kita belajar di universiti, namun jangan sesekali kita lupa kepadaNya setiap saat....
Oleh itu saya ingin mengajak diri saya dan sesiapa yang membaca blog ini untuk membasahkan bibir dengan zikrullah...sebenarnya setiap saat dan minit yang diberikan oleh Allah adalah untuk mengingatiNya...rohani dan jasmani kita memerlukan makanan....aspek jasmani tidak mengapa kerana tanpa diingatkan pun kita pasti akan makan apabila tiba waktunya..namun, makanan untuk rohani bagaimana????

aspek rohani yang patut lebih dititikberatkan kerana kelak kita akan ditanya bagaimana kita manfaatkan???saya nasihatkan kepada kita bersama berzikirlah padaNya kerana disitu kita akan mendapat ketenangan dalam pelbagai hal...saya masih ingat ketika tingakatan 4 dan 5 saya pergi ke sekolah dengan mak saya(yg mengajar kt situ jugk) sepanjang perjalanan saya lihat mulut mak saya terkumat-kamit,saya tidak bertanya apa-apa padanya dan saya meneruskan pandangan di luar tingkap, tiba-tiba mak saya berkata "adik, sambil tu selawat la ataupun berzikir pada Allah"...saya terhenti sejenak dan memikirkan apa yang dikatakan oleh mak tadi,"betul jugak, aku sedang melihat alam ciptaanNya tetapi mengapa aku tidak mengingatiNya??"...........mula daripada detik itu saya sentiasa berzikir walau ke mana pun saya pergi(kecuali dalam tandas la)...kita juga kena ikhlaskan niat keranaNya dan biarlah kita berzikir didalam hati sahaja...hati akan merasa tenang dan sukar untuk ditafsirkan bagaimana perasaan apabila kita cuba untuk mendekati Allah...Biarlah hati kita dipenuhi dengan nama Allah berbanding titik hitam(dosa)....
"Bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada ALLAH, sedang dia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi TUHAN-nya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." Al-Baqarah, 112.
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak di hati. Orang rela badannya payah asalkan hatinya senang. Untuk kesenangan hati, orang sanggup menghabiskan harta. Kalau hatinya tersinggung segala harta yang dicarinya selama ini akan ditinggalkan.
Lihatlah kepentingan hati itu sendiri...sama-sama kita fikir dan ambik lah sedikit manfaat daripada coretan kali ini....sekian,Wallahua'lam.




No comments: