Thursday, July 28, 2011

:: coretan ::

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله

Assalamualaikum w.b.t..keif kullukum? Mcm mna Iman kita pada hri ini? hanya kita yg tahu dan kita perlu melakukan sesuatu sekiranya Iman kita menurun pada hari ini..pasti ada sesuatu..jadi bermuhasabah lah supaya Iman kita dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari, insyaAllah.

Banyak perkara yang berlaku pada hari ini di luar jangkaan kita..biarpun teknologi semakin pesat namun ini tidak dapat mengubah kenyataan bahawa semakin maju teknologi di negara kita, semakin meningkat keruntuhan akhlak masyarakat pada hari ini khususnya remaja.

Remaja pada hari ini terlalu mengikut hawa nafsu pada kiraan saya..tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana pasti ada kesalahan dimana-mana yang perlu menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Baru-baru ini saya menyertai 'Kem Kemanisan Iman' anjuran JPN Perlis yang bertempat di Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Kem ini disertai oleh 4 orang pelajar daripada setiap sekolah menengah di negeri Perlis..jadi jumlahnya dlm 80 orang tetapi kehadiran tidak mencukupi dan yang sebenar-benarnya hadir dalam 60 lebih pelajar sahaja.

Saya sebagai fasilitator dlm program ini amat teruja dengan kehadiran para peserta yang bersemangat...Banyak pengajaran yang saya dapat dalam program ini tetapi yang saya perlu sebutkan disini adalah yang berkaitan dengan remaja..Pada mulanya mereka senyap dan saya mula bertutur dengan mengatakan sekiranya ada apa-apa yang hendak berkongsi @ bertanya boleh lah tanya..

Pada mulanya saya memang menganggap soalan yang bakal di ajukan sesuai dengan saya..Alhamdulillah soalan mereka saya dapat jawab cuma terpulang pada mereka untuk terima atau tidak..antara soalannya berkaitan dgn tengking ibu dan ayah, khusyu' dalam solat, minat dengan artis luar dan sebagainya..

Saya sebahagian daripada entiti kecil ini hanya mampu berusaha mengikut kemampuan sahaja dan selebihnya saya hanya mampu berdoa agar remaja di luar sana mendapat hidayah daripada Allah..Ya Allah, kasihanilah mereka dan campakkanlah hidayah buat mereka yang benar-benar ingin berubah..Ya Allah, Engkau yang memegang hati-hati ini, jadi pandulah kami ke arah kebenaran..

اللهم أرن الحق حقا وارزقنا تباعه

وأرن الباطل باطلا وارزقنا جتنابه

Sekian dahulu pada post kali ini, insyaAllah bersua lagi di post yang akan datang =)
p/s : sebelum terlupa Selamat Menyambut RAMADHAN al-Mubarak! ^_^

No comments: