Saturday, July 30, 2011

:: Tahniah!!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam..hari ini kami masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar yang tiada tandingannya...Subhanallah =)

Hari ini seronok sangat kerana abang saya yg bernama MUAAZ BIN ZULKIPLY telah menerima sijil diplomanya di KIDU dalam jurusan syari'ah..wahhhhh I'm very proud of you my bro!!


Abang,
Tahniah atas kejayaanmu pada hari ini,
berjaya memegang segulung sijil,
Selamat berjuang untuk hidup yang mendatang.

Abang,
Di hari kejayaanmu ini,
Adik ingin berpesan,
Selagi ada hayat,
Ingatlah nasihat adik ini.

Abang,
Bila adik dah tiada,
Jagalah mak dan ayah,
Dengan penuh kasih sayang.

Abang,
Bila adik dah tiada,
Kasihlah adik-adik dengan selaut rasa sayang.

Tapi abang,
Sekarang adik masih ada,
Adik takkan biarkan abang seorang,
Sama-sama kita bahagiakan,
Mak, ayah dan adik-adik yang kita sangat sayang.

Abang,
Ingat pesan adik,
Bukan adik mahu berleter,
Hanya mahu kita sama-sama hayati.

Abang,
Selagi adik dan adik-adik ada,
Selagi mak dan ayah ada,
Abang bahagialah bersama-sama,
Lupakanlah ego dan amarah,
Janganlah lagi berlumba,
Jadilah anak dan abang yang bercita-cita,
Jadilah insan yang berguna,
Di mata dunia dan akhirat juga.

Abang,
Akhir pesan adik,
Ingatlah,
Tidak selamanya kita di dunia,
Tiba masa,
Kita akan pergi meninggalkan dunia,
Ke mana kita selepas itu,
Hanya diri jadi penentu,
Bersama amalan yang dibina,
Ke Syurga kita mahunya.

Akhir kata, adik doakan semoga abang lebih kuat dan tabah utk meneruskan perjuangan ini, abang harus menjadi contoh kepada kami semua..Ingat pesan ayah dan mak, mereka adalah segala-galanya pada kita..insyaAllah selamat dunia dan akhirat =)





p/s : ada rahsia di sebalik kita dok sibuk tangkap gambar td :P







No comments: