Saturday, October 8, 2011

:: Amanah dalam bersahabat ::

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على كل حال

Hari ini hampir 2 minggu ada di Irbid..Alhamdulillah selamat sampai ke rumah walaupun penat transit selama 16 jam di Jeddah, Arab Saudi..satu pengalaman yg cukup menarik...

Tajuk kt ats tu amanah dalam bersahabat..kalau kita search maksud amanah tu sendiri, ia berkait rapat dengan kepercayaan. Ia juga amat rapat dengan iman seseorang Muslim itu yg mna dikatakan bahawa tiadanya iman maka tiadalah amanah.

Lawan bagi kalimah 'amanah' ialah 'khianat', iaitu salah satu ciri munafik dan secara langsung termasuk dalam ciri kekafiran. Perbuatan ini amat hina disisi Allah s.w.t.

Amanah ini sebenarnya sesuatu yang amat luas skopnya. Ambik satu shj contoh yg rapat dengan kita iaitu amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya 'jiwa' utk bersahabat Islam telah menggariskan beberapa sifat utk memilih sahabat.

Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, drpd Abdullah bin Mas'ud, Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi." Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.



Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, "Jangan sesekali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini : pertama, dia dapat diajak utk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."



Jadi, sebagai seorang Mukmin yang memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, usah berlebih juga usah berkurang. InsyaAllah =)

No comments: