Monday, September 5, 2011

:: Salam Lebaran 1432H ::

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على كل حال

Hari ini bersamaan 8 Syawal 1432H, Alhamdulillah masih hidup dalam nikmat Iman dan Islam, masih lagi bersama keluarga tercinta sebelum berangkat pulang ke Jordan pada 24/9/11 nnti. Rasa sebak tetapi kegembiraaan ini masih lagi mengatasi perasaan sebak itu kerna pada tahun ini ana sempat beraya bersama keluarga..Subhanallah...:)

Banyak perkara yang berlaku, sepanjang ana pulang ke sini dah 2 atau 3 kali ana mengalirkan air mata disebabkan perkara yang terjadi dalam keluarga besar ana..ana bersyukur kerna berpeluang merasai walaupun tidaklah sehebat orang yang menanggungnya, bak kata pepatah lebih berat mata memandang lebih berat lagi bahu yang memikulnya..Allahu akbar..

Ujian ini adalah tarbiyah..'mcm pernah dgr ya?'..ana rasa bersyukur kerana keluarga ana dipilih untuk menerima ujian ini..ya Allah, hambaMu ini masih ingat firmanMu dalam Surah Al-Baqarah : لا يكلف الله نفسا إلا وسعها : Allah tidak akan membebankan kaumNya melainkan bersesuaian dengan kemampuan hamba tersebut..ana yakin cuma masih belum kuat untuk menghadapinya..
Ujian ini juga seumpama bulan Ramadhan yg menjadi madrasah tarbiyah buat kita semua..Allah nak ajar sesuatu pada kita...Allahu akbar,Ya Allah, tolonglah beri sedikit petunjuk dan hidayahMu untuk kami yang masih lemah iman dalam mengakui takdirMu..kami masih lagi jauh untuk menyedari hakikat kemanisan Iman yang sebenar-benarnya.

Allahu akbar, kalau menulis ni memang suka, cuma takut meyakiti hati mereka yang ana sayangi..aturan Allah itu amat cantik cuma terkadang alpa menguasai minda dan hati..buat mereka yang ana sayangi dan cintai, tabahlah dan jangan mudah berputus asa, pasti ada hikmah atas segala yang berlaku..jangan terburu-buru dalam membuat keputusan...

 

Di bulan Syawal yang mulia ini, ana ingin memohon sejuta kemaafan kepada mereka yang pernah terasa dengan sikap ana..ana mohon sangat ampunkan kesalahan ana..ana juga manusia biasa yang seringkali melakukan kesalahan dan akhir kata SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 1432H BUAT SEMUA SAHABAT HANDAI & GURU-GURU...:)
( Tadika Prasis, SRI 1, SKDWA, Al-Maad, SMKAP & Yarmouk Univiersity ) :D


Akhir kata, maaf andai terdapat apa-apa kesalahan dalam coretan kali ini..moga kita bertemu lagi pada lembaran yang akan datang, wassalam. :)

No comments: